Industri filem adalah satu cabang seni yang menuntut para penggiatnya agar segar berimaginasi dan pantas mencari idea baru supaya filem yang dihasilkan itu berkualiti dan jadi
tontonan sepanjang zaman.Walau filem
boleh dianggap sebagai suatu medium yang melalaikan , terdapat juga filem yang
berupaya menjadi inspirasi bahkan menggerakkan emosi penonton . Pemilihan filem
yang baik adalah penting memandangkan banyak sekali filem yang bukan sahaja
sia-sia gagal mendidik malah sengaja menjual terma-terma Islam untuk menarik
penonton.
Entri kali ini menyenaraikan dan membuat reviu 2 filem
pilihan penulis yang boleh jadi inspirasi khususnya untuk mereka yang bercita-cita menceburi
bidang perniagaan dan keusahawanan.
Pursuit of Happiness (2006)
Kisah awal kehidupan Christopher Gardner membesarkan anaknya
dan melalui pelbagai cabaran.Chris menghabiskan seluruh simpanannya membeli
bone density scanner tetapi kemudian mendapati alatnya itu sangat mahal dan
sukar untuk dijual.Chris ditinggalkan isteri , kehilangan rumah , kad kredit
dan segala simpannanya semasa dirinya sendiri masih berusaha menjual alat bone
density scanner . Enggan menyerah , Chris terus membesarkan anaknya dan tidur
di rumah gelandangan setiap hari . Chris mengambil keputusan untuk menyertai
latihan enam bulan menjadi broker saham tetapi diberitahu tiada elaun yang akan
diberi sepanjang 6 bulan latihannya itu. Bagaimanakah Chris mengambil keputusan untuk hidup 6 bulan tanpa elaun setiap hari dan pada masa yang sama membesarkan anaknya yang masih kecil? Hari ini Chris adalah pemilik Gardenr
Rich & Co. Kisah Chris adalah antara kisah terbaik dan dianggap sebagai
antara kisah paling memberi inspirasi sampai sekarang.
The Billionaire
Aitthipat seperti rakan sebayanya yang lain menghabiskan
usianya remajanya bermain game dan leka dalam pelajaran.Ketika usianya 16
tahun, Aitthipat memperoleh 400,000 baht sebual dengan bermain game.Semasa
usianya 17 tahun Aitthipat gagal melanjutkan pengajian ke university awam dan
digesa menyambung pengajian ke university swasta oleh ibunya.Sedar denga
keadaan kewanga bapanya yang dibebani hutang, Aitthipat memutuskan untuk menjual buah berangan.Aitthipat
ditinggalkan bersama pakciknya di Thailand ketika ibu bapanya berpindah ke
China.Aitthipat akhirnya memutuskan untuk menjual rumpai laut yang dikenali
dengan jenama Tao Kae Nai hari ini.Ketika usianya 19 tahun Aitthipat baru
mengetahui bapanya meningalkannya dengan hutang 40 juta baht.Lihat bagaimana
anakk muda ini menghadapi hidupnya yang sangat sukar dan hari ini bergelar
jutawan dalam usia 26 tahun.
Walaupun terdapat banyak filem yang mampu memberi inspirasi ,Pursuit of Happyness dan The
Billionaire adalah antara kisah yang
menceritakan kesusahan para usahawan dan memberi impak kepada penonton dengan sangat mendalam.Walaupun kedua-dua filem ini bukan diterbitkan oleh orang
Islam , sekadar yang ada para pembaca boleh mengambil tauladan dan jadikan
kedua-dua filem sebagai cerita yang membakar semangat , Insya Allah.