Thursday 12 July 2012

5 perkara yang boleh kita pelajari dari kanak-kanak .





         
          Tiada yang mustahil

Kanak-kanak adalah golongan paling kreatif. Mereka gemar berimaginasi , hidup dalam kegembiraan dan adalah pengembara kehidupan paling hebat! Lihat contoh kanak-kanak yang berjaya membuat pencapaian luar biasa ini.
Linus Hovmoller Zou – Kanak-kanak dari Sweden berusia 11 tahun ini  merungkai masalah kimia yang tak dapat diselesaikan selama 8 tahun.Bapa Linus adalah professor kimia yang gagal menyelesaikan teka-teki  kimia tersebut kemudian memutuskan untuk memohon bantuan dari anaknya yang baru berusia 11 tahun.
Shouryya Ray- Menggemparkan dunia matematik apabila menyelesaikan masalah matematik Isaac Newton yang tak dapat diselesaikan selama  350 tahun.
Kanak-kanak pintar seperti mereka tidak berbeza dari kanak-kanak lain.Mereka mencipta pelbagai kemungkinan ketika kita  hanya memikirkan berbagai halangan yang akan muncul.
 “When you say ‘This is not possible’, they start seeking possibility in that”.

Bercita-cita besar
Tanyakan saja pada mana kanak-kanak tentang impian mereka sewaktu dewasa kelak, jawapan mereka pasti buat kita tertawa. Lihat wajah anak-anak kecil itu , mereka ada cita-cita dan mereka sangat yakin serta  positif.Jika kita mampu mengekalkan sikap tersebut sehingga kita dewasa , kita  mampu jadi siapa pun yang kita impikan.

Rasa ingin tahu
Identiti dan jiwa kanak-kanak itu terbentuk dari rasa ingin tahunya. Kanak-kanak akan bertanyakan pelbagai soalan  hasil dari rasa ingin tahunya terhadap dunia ciptaan Tuhan ini. Rasa ingin tahu ini membolehkan mereka mengembara dalam dunia ini , yang mana kadang kal sebagai orang dewasa kita sendiri tidak pernah terfikirkan.

"It is not our special talent or skill that makes us intelligent but our ardent curiosity and thirst for knowledge".

Usah risau
Kanak-kanak tidak pernah risau tentang apa-apa pun melainkan apakah makan malamnya nanti J.Kita sebagai orang dewasa akan sentiasa berhadapan dengan masalah dan kita harus menerima hakikiat itu.Sekiranya kita terlalu risau dengan masalah kita , hidup yang dianugerahkan ini akan jadi bosan dan terlalu serius.Akhirnya senyuman yang pernah terukir untuk ahli keluarga dan anak-anak kita akan hilang dan tiada lagi kegembiraan dalam dunia ini buat kita.

“If a problem is fixable, if a situation is such that you can do something about it, then there is no need to worry. If it’s not fixable, then there is no help in worrying. There is no benefit in worrying whatsoever.” ― Dalai Lama XIV

Ikutlah kata hati.
Kanak-kanak tidak akan meninggalkan perkara yang mereka sangat gembira lakukan.Sekiranya mereka telah menunjukkan minat pada sesuatu , mereka akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan nasihat orang lain. Kanak-kanak tidak pernah meninggalkan minat dan passion mereka.

Semakin kita dewasa . kita telah meninggalkan pelbagai perkara positif dan berubah menjadi orang dewasa yang tamak dan mementingkan diri sendiri.Lihatlah kegembiraan wajah kanak-kanak , tidakkah kau merindui zaman tersebut?




Teknik mendidik anak
Rahsia Anak Soleh