Monday 9 July 2012

Bisnes raya paling untung!



Lebih kurang begini lah suasanaya semasa aku nak bayar duit murtabak.


Bila sebut pasal raya kita akan terbayang macam-macam.Ada yang dah mula sibuk nak meniaga ada juga yang dah berkira-kira nak beli perabot baru.Makin botak kepala suami lama-lama JTapi perasan tak fenomena peniaga segera yang banyak muncul sepanjang ramadhan?

Ada yang sanggup ambil cuti sebulan tak bergaji untuk  meniaga . Alhamdulillah banyak rezeki umat Islam semasa ramadhan.Ada beberapa  bisnes yang sangat menguntungkan dan memberi keuntungan berlipat ganda. Ada beberapa bisnes raya yang saya lihat sangat menguntungkan.

















Baju raya – Tengok lah bila menjelang raya banyak pusat membeli belah yang membuat sale untuk menarik pelanggan beramai-ramai..Walaupun sangat sesak tetapi waktu inilah suasana raya akan kita rasai.Bazar Ramadan pun banyak yang menjual baju dan mendapat pelanggan yang begitu raya sampai tak menang tangan melayan.Bayangkan sebelum puasa pun sudah tidak boleh menempah baju sebab tempahan sudah penuh.Orang kita beraya sakan peniaga yang untung .














Kuih raya – Zaman mak kita dulu-dulu ramai lah yang rajin membuat kuih raya.Hari ni bini ajak pergi bazaar suami yang pening bayar.Sebab ramai yang makin malas lah makin ramai peniaga yang untung besar.Anak dara zaman sekarang sibuk katanya.Bayangkan lah peniaga bawak kuih raya 1 lori pun boleh habis memang banyak lah untung dia.



















Makanan berbuka puasa- Dalam banyak-banyak bisnes, bisnes juadah buka sudah jadi identiti Malaysia pula kalau kita tengok.Masa ini lah makanan segala fesyen ada yang tak pernah tengok pun ada. Masa pergi bazaar memang meriah tapi kalau beli banyak-banyak makanan akhirnya makan  air tangan mak sendiri jugak J Betul tak?


Ranadhan pun hampir tiba kan.Semoga semua pembaca  sudah merancang bisnes sendiri untuk ramadhan kali ini.Semoga ramadhan akan beri kesempatan untuk kita beribadah sambil menjana keuntungan. Insya Allah. : )