Wednesday 11 July 2012

Kisah benar remaja 14 tahun yang jadi jutawan.



Kisah Adam Hildreth









Adam Hildreth adalah anak muda yang mengasaskan laman web sosial Dubit Limited ketika berusia 14 tahun.Laman web yang dikhususkan untuk warga UK sahaja ketika itu  telah berkembang menjadi laman web sosial terbesar di UK di bawah pimpinan Adam sebagai pengarah urusan. Ketika usiaya baru mencecah 19 tahun , Adam berjaya mengumpul kekayaan sebanyak £2m dan menjadi  antara remaja paling kaya di UK.
Pada tahun 2005 , Adam membuka syarikat baru , Crisp Thinking yang membangunkan program untuk melindungi kanak-kanak daripada ancaman "online groomers".Perisian yang dibangunkan Crisp Thinking berkesan sebanyak 98.4% untuk melindungi kanak-kanak daripada ancaman online groomers. Hari ini Adam baru berusia 26 tahun.

Kisah Sean Belnick










Sean , semasa usianya 14 tahun mengambil keputusan untuk melabur 500$ dan menjual kerusi pejabat secara online. Hari ini , Sean menguruskan syarikat bernilai 24 juta dollar dan menjual kerusi ke banyak syarikat termasuk Microsoft , Google dan Pentagon.
Seperti mana usahawan lain , Sean mendapat inspirasi apabila  melihat masalah yang biasa dihadapi di pejabat-pejabat. Inspirasi Sean datang ketika beliau baru berusia 14 tahun. Sean mendapati syarikat perlu  menghubungi kedai perabot dan kemudian barulah kedai perabot menghubungi pembekal untuk menghantar kerusi ke pejabat-pejabat . Sean mengambil keputusan untuk membina laman web online (bizchair.com) supaya pelanggan boleh meletakkan pesanan kerusi secara terus tanpa perlu berunding dengan orang tengah.

Hari ini Sean menguruskan 75 pekerja dan menjual 25,000 produk daripada 200 pengeluar.Pelaburan 500$ untuk pengiklanan telah menghasilkan keuntungan sebanyak 24 juta dolar.


Kisah anak muda yang jadi jutawan akan terus jadi inspirasi untuk kita menjadi usahawan yang berjaya. Sebagai usahawan perancangan yang baik di dalam idea yang kita rangka  akan membuahkan hasil . Semoga kita semua berjaya jadi usahawan yang baik dan mampu berbakti kembali kepada masyarakat : ).


Buat duit dengan ebay

Buat duit online