Thursday 12 July 2012

Filem Inspirasi Untuk Semua Bakal Usahawan




Industri filem adalah satu cabang seni  yang menuntut para penggiatnya agar segar  berimaginasi dan pantas mencari idea baru supaya  filem yang dihasilkan itu berkualiti dan jadi tontonan  sepanjang zaman.Walau filem boleh dianggap sebagai suatu medium yang melalaikan , terdapat juga filem yang berupaya menjadi inspirasi bahkan menggerakkan emosi penonton . Pemilihan filem yang baik adalah penting memandangkan banyak sekali filem yang bukan sahaja sia-sia gagal mendidik malah sengaja menjual terma-terma Islam untuk menarik penonton.

Entri kali ini menyenaraikan dan membuat reviu 2 filem pilihan penulis yang boleh jadi inspirasi khususnya  untuk mereka yang bercita-cita menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.


Pursuit of Happiness (2006)



Kisah awal kehidupan Christopher Gardner membesarkan anaknya dan melalui pelbagai cabaran.Chris menghabiskan seluruh simpanannya membeli bone density scanner tetapi kemudian mendapati alatnya itu sangat mahal dan sukar untuk dijual.Chris ditinggalkan isteri , kehilangan rumah , kad kredit dan segala simpannanya semasa dirinya sendiri masih berusaha menjual alat bone density scanner . Enggan menyerah , Chris terus membesarkan anaknya dan tidur di rumah gelandangan setiap hari . Chris mengambil keputusan untuk menyertai latihan enam bulan menjadi broker saham tetapi diberitahu tiada elaun yang akan diberi sepanjang 6 bulan latihannya itu. Bagaimanakah Chris mengambil keputusan untuk hidup 6 bulan tanpa elaun setiap hari dan pada masa yang sama membesarkan anaknya yang masih kecil? Hari ini Chris adalah pemilik Gardenr Rich & Co. Kisah Chris adalah antara kisah terbaik dan dianggap sebagai antara kisah paling memberi inspirasi sampai sekarang.



The Billionaire

Aitthipat seperti rakan sebayanya yang lain menghabiskan usianya remajanya bermain game dan leka dalam pelajaran.Ketika usianya 16 tahun, Aitthipat memperoleh 400,000 baht sebual dengan bermain game.Semasa usianya 17 tahun Aitthipat gagal melanjutkan pengajian ke university awam dan digesa menyambung pengajian ke university swasta oleh ibunya.Sedar denga keadaan kewanga bapanya yang dibebani hutang, Aitthipat memutuskan  untuk menjual buah berangan.Aitthipat ditinggalkan bersama pakciknya di Thailand ketika ibu bapanya berpindah ke China.Aitthipat akhirnya memutuskan untuk menjual rumpai laut yang dikenali dengan jenama Tao Kae Nai hari ini.Ketika usianya 19 tahun Aitthipat baru mengetahui bapanya meningalkannya dengan hutang 40 juta baht.Lihat bagaimana anakk muda ini menghadapi hidupnya yang sangat sukar dan hari ini bergelar jutawan dalam usia 26 tahun.



Walaupun terdapat banyak filem yang mampu memberi  inspirasi ,Pursuit of Happyness dan The Billionaire adalah antara  kisah yang menceritakan kesusahan para usahawan dan memberi impak kepada penonton dengan sangat mendalam.Walaupun kedua-dua filem ini bukan diterbitkan oleh orang Islam , sekadar yang ada para pembaca boleh mengambil tauladan dan jadikan kedua-dua filem sebagai cerita yang membakar semangat , Insya Allah.




5 perkara yang boleh kita pelajari dari kanak-kanak .





         
          Tiada yang mustahil

Kanak-kanak adalah golongan paling kreatif. Mereka gemar berimaginasi , hidup dalam kegembiraan dan adalah pengembara kehidupan paling hebat! Lihat contoh kanak-kanak yang berjaya membuat pencapaian luar biasa ini.
Linus Hovmoller Zou – Kanak-kanak dari Sweden berusia 11 tahun ini  merungkai masalah kimia yang tak dapat diselesaikan selama 8 tahun.Bapa Linus adalah professor kimia yang gagal menyelesaikan teka-teki  kimia tersebut kemudian memutuskan untuk memohon bantuan dari anaknya yang baru berusia 11 tahun.
Shouryya Ray- Menggemparkan dunia matematik apabila menyelesaikan masalah matematik Isaac Newton yang tak dapat diselesaikan selama  350 tahun.
Kanak-kanak pintar seperti mereka tidak berbeza dari kanak-kanak lain.Mereka mencipta pelbagai kemungkinan ketika kita  hanya memikirkan berbagai halangan yang akan muncul.
 “When you say ‘This is not possible’, they start seeking possibility in that”.

Bercita-cita besar
Tanyakan saja pada mana kanak-kanak tentang impian mereka sewaktu dewasa kelak, jawapan mereka pasti buat kita tertawa. Lihat wajah anak-anak kecil itu , mereka ada cita-cita dan mereka sangat yakin serta  positif.Jika kita mampu mengekalkan sikap tersebut sehingga kita dewasa , kita  mampu jadi siapa pun yang kita impikan.

Rasa ingin tahu
Identiti dan jiwa kanak-kanak itu terbentuk dari rasa ingin tahunya. Kanak-kanak akan bertanyakan pelbagai soalan  hasil dari rasa ingin tahunya terhadap dunia ciptaan Tuhan ini. Rasa ingin tahu ini membolehkan mereka mengembara dalam dunia ini , yang mana kadang kal sebagai orang dewasa kita sendiri tidak pernah terfikirkan.

"It is not our special talent or skill that makes us intelligent but our ardent curiosity and thirst for knowledge".

Usah risau
Kanak-kanak tidak pernah risau tentang apa-apa pun melainkan apakah makan malamnya nanti J.Kita sebagai orang dewasa akan sentiasa berhadapan dengan masalah dan kita harus menerima hakikiat itu.Sekiranya kita terlalu risau dengan masalah kita , hidup yang dianugerahkan ini akan jadi bosan dan terlalu serius.Akhirnya senyuman yang pernah terukir untuk ahli keluarga dan anak-anak kita akan hilang dan tiada lagi kegembiraan dalam dunia ini buat kita.

“If a problem is fixable, if a situation is such that you can do something about it, then there is no need to worry. If it’s not fixable, then there is no help in worrying. There is no benefit in worrying whatsoever.” ― Dalai Lama XIV

Ikutlah kata hati.
Kanak-kanak tidak akan meninggalkan perkara yang mereka sangat gembira lakukan.Sekiranya mereka telah menunjukkan minat pada sesuatu , mereka akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan nasihat orang lain. Kanak-kanak tidak pernah meninggalkan minat dan passion mereka.

Semakin kita dewasa . kita telah meninggalkan pelbagai perkara positif dan berubah menjadi orang dewasa yang tamak dan mementingkan diri sendiri.Lihatlah kegembiraan wajah kanak-kanak , tidakkah kau merindui zaman tersebut?




Teknik mendidik anak
Rahsia Anak Soleh






Wednesday 11 July 2012

Kisah benar remaja 14 tahun yang jadi jutawan.



Kisah Adam Hildreth









Adam Hildreth adalah anak muda yang mengasaskan laman web sosial Dubit Limited ketika berusia 14 tahun.Laman web yang dikhususkan untuk warga UK sahaja ketika itu  telah berkembang menjadi laman web sosial terbesar di UK di bawah pimpinan Adam sebagai pengarah urusan. Ketika usiaya baru mencecah 19 tahun , Adam berjaya mengumpul kekayaan sebanyak £2m dan menjadi  antara remaja paling kaya di UK.
Pada tahun 2005 , Adam membuka syarikat baru , Crisp Thinking yang membangunkan program untuk melindungi kanak-kanak daripada ancaman "online groomers".Perisian yang dibangunkan Crisp Thinking berkesan sebanyak 98.4% untuk melindungi kanak-kanak daripada ancaman online groomers. Hari ini Adam baru berusia 26 tahun.

Kisah Sean Belnick










Sean , semasa usianya 14 tahun mengambil keputusan untuk melabur 500$ dan menjual kerusi pejabat secara online. Hari ini , Sean menguruskan syarikat bernilai 24 juta dollar dan menjual kerusi ke banyak syarikat termasuk Microsoft , Google dan Pentagon.
Seperti mana usahawan lain , Sean mendapat inspirasi apabila  melihat masalah yang biasa dihadapi di pejabat-pejabat. Inspirasi Sean datang ketika beliau baru berusia 14 tahun. Sean mendapati syarikat perlu  menghubungi kedai perabot dan kemudian barulah kedai perabot menghubungi pembekal untuk menghantar kerusi ke pejabat-pejabat . Sean mengambil keputusan untuk membina laman web online (bizchair.com) supaya pelanggan boleh meletakkan pesanan kerusi secara terus tanpa perlu berunding dengan orang tengah.

Hari ini Sean menguruskan 75 pekerja dan menjual 25,000 produk daripada 200 pengeluar.Pelaburan 500$ untuk pengiklanan telah menghasilkan keuntungan sebanyak 24 juta dolar.


Kisah anak muda yang jadi jutawan akan terus jadi inspirasi untuk kita menjadi usahawan yang berjaya. Sebagai usahawan perancangan yang baik di dalam idea yang kita rangka  akan membuahkan hasil . Semoga kita semua berjaya jadi usahawan yang baik dan mampu berbakti kembali kepada masyarakat : ).


Buat duit dengan ebay

Buat duit online








Tuesday 10 July 2012

Kenapa usahawan kecil gagal?



Peringkat awal perniagaan adalah peringkat paling sukar kerana di sinilah waktu perniagaan kita mula bertapak dan ingin mencipta nama.Sekiranya di peringkat ini kita gagal mengurus perniagaan dan keputusan dengan baik.kita tak akan ke man-mana.


Terdapar beberapa faktor yang dilihat sering menjadi faktor kegagalan seseorang usahawan.


Tiada matlamat yang jelas

Kebanyakan  perniagan yang gagal  disebabkan oleh kegagalan mengurus kewangan dan membuat keputusan yang baik. Menurut statistik  97%  perniagaan akan gagal pada tahun pertama. 50%  perniagaan gagal dalam tempoh 10 tahun pertama. Kebanyakannya berpunca daripada matlamat yang tidak jelas dan kegagalan pengurusan kewangan .

Melainkan anda sudah yakin mengenai matlamat sebenar anda,cara yang mudah  adalah menulis matlamat yang di atas kertas.Letakkan di tempat yang  sesuai dan boleh dibaca setiap hari.Rancang secara teliti setiap perancangan untuk  matlamat yang anda ingin capai.

Jangan malas kalau bekerja sendiri :)


Salah guna kebebasan.

Impian setiap usahawan adalah kerja keras dan usahanya membuahkan hasil.Mempunyai kebebasan untuk menentukan jadual sendiri bermakna anda harus berdisiplin mengurus diri sendiri.Bayangkan ketika  pesaing anda  bekerja keras anda pula mengambil sikap ambil lewa dan banyak berehat   . Malas dan gagal menguruskan diri adalah musuh usahawan paling utama.

Tidak mengurus idea dengan baik

Sebagai usahawan kadang kala kita mempunyai banyak idea dan kerap menukar perancangan kerana merasakan kita ada  perancangan baru yang lebih baik.Kita mesti  bijak mengurus perancangan dan idea agar idea baru kita tidak  mengganggu proses perancangan yang kita sedang usahakan.n Jangan meninggalkan matlamat perniagaan sedia ada melainkan anda  yakin dengan langkah anda itu .Konsistensi dan kesungguhan  akan membawa hasil.Jika anda cuba menjalankan terlalau banyak perkara dalam 1 masa akhirnya kesemuanya tidak dapat dibuat dengan teliti.

Mengharap keuntungan jangka masa pendek

Pemilik perniagaan kecil sering mengharap keuntungan besar walaupun bisnesnya baru 
bermula dan belum dapat diuruskan dengan baik.Mengharapkan keuntungan yang singkat  adalah kesilapan yang besar.Berikan masa untuk perniagaan anda berkembang dan apabila  masanya tiba , perniagaan anda akan berkembang dan anda akan menjadi usahawan yang  berjaya.


Menjadi usahawan yang berjaya adalah hasil kerja keras yang panjang , semoga walau apa pun bidang yang kita ceburi.kita akan berjaya ; )



Strategi pemasaran emel

Idea Perniagaan Internet







Monday 9 July 2012

Bisnes raya paling untung!



Lebih kurang begini lah suasanaya semasa aku nak bayar duit murtabak.


Bila sebut pasal raya kita akan terbayang macam-macam.Ada yang dah mula sibuk nak meniaga ada juga yang dah berkira-kira nak beli perabot baru.Makin botak kepala suami lama-lama JTapi perasan tak fenomena peniaga segera yang banyak muncul sepanjang ramadhan?

Ada yang sanggup ambil cuti sebulan tak bergaji untuk  meniaga . Alhamdulillah banyak rezeki umat Islam semasa ramadhan.Ada beberapa  bisnes yang sangat menguntungkan dan memberi keuntungan berlipat ganda. Ada beberapa bisnes raya yang saya lihat sangat menguntungkan.

















Baju raya – Tengok lah bila menjelang raya banyak pusat membeli belah yang membuat sale untuk menarik pelanggan beramai-ramai..Walaupun sangat sesak tetapi waktu inilah suasana raya akan kita rasai.Bazar Ramadan pun banyak yang menjual baju dan mendapat pelanggan yang begitu raya sampai tak menang tangan melayan.Bayangkan sebelum puasa pun sudah tidak boleh menempah baju sebab tempahan sudah penuh.Orang kita beraya sakan peniaga yang untung .














Kuih raya – Zaman mak kita dulu-dulu ramai lah yang rajin membuat kuih raya.Hari ni bini ajak pergi bazaar suami yang pening bayar.Sebab ramai yang makin malas lah makin ramai peniaga yang untung besar.Anak dara zaman sekarang sibuk katanya.Bayangkan lah peniaga bawak kuih raya 1 lori pun boleh habis memang banyak lah untung dia.



















Makanan berbuka puasa- Dalam banyak-banyak bisnes, bisnes juadah buka sudah jadi identiti Malaysia pula kalau kita tengok.Masa ini lah makanan segala fesyen ada yang tak pernah tengok pun ada. Masa pergi bazaar memang meriah tapi kalau beli banyak-banyak makanan akhirnya makan  air tangan mak sendiri jugak J Betul tak?


Ranadhan pun hampir tiba kan.Semoga semua pembaca  sudah merancang bisnes sendiri untuk ramadhan kali ini.Semoga ramadhan akan beri kesempatan untuk kita beribadah sambil menjana keuntungan. Insya Allah. : )


Sunday 8 July 2012

5 Tips Usahawan Part Time





Amat bangun pagi seperti biasa hari itu untuk bersiap-siap ke pejabat.Amat ini anak muda yang ada ijazah akhirnya terperap dalam kehidupan yang dibencinya itu .Amat tau ada yang tidak kena. Rutin hariannya itu bukan lah seperti yang diidamkannya . Pagi itu jem lagi.Amat tau petang nanti jem dan hari – hari dia akan menghadapi perkara yang sama.Mungkin sampai hari persaraannya.


Situasi ini bukanlah perkara aneh . Terperangkap dalam hidup  yang menyesakkan dan bosan walaupun kita cukup selesa dengan gaji setiap bulan yang diterima.Berhenti dan memilih untuk jadi usahawan secara tiba-tiba bukanlah  pilihan yang baik sekiranya kita masih belum stabil dari segi kewangan dan pengalaman. 

Saya akan terangkan 5 tips menjadi usahawan part time sebelum anda tekad untuk menjadi usahawan sepenuh masa suatu hari nanti Insya Allah J

Seimbangkan – Inilah yang menjadikan anda usahawan part time. Imbangi kerja tetap  dan part time anda. Sekirantya  gagal mengimbangi keduanya   sebenarnya anda menghdapai kemungkinan  dipecat .Tanya diri sendiri sama ada mampu mengekalkan komitmen  terhadap pekerjaan tetap  dan kerja part time  anda.

Sabar – Memandangkan anda bekerja sebagai part-time , usah bandingkan dengan mereka yang sudah sedia kuat  dalam bidang keusahawanan. Sentiasa sabar. Walaupun  perniagaan anda tidak berkembang sepantas yang lain tapi anda tetap berkembang sedikit demi sedikit  . Sabarlah dan lihat hasilnya di kemudian hari  J

Simpan keuntungan anda – Suatu hari nanti akan terpaksa memilih sama ada meneruskan dengan pekerjaan tetap anda atau menjadi usahawan sepenuh masa.Sebaiknya keuntungan yang anda perolehi dari pendapatan sampingan sebagai usahawan disimpan dijadikan modal di masa hadapan.

Matlamat yang fleksibel – Semakin bisnes anda berkembang , anda mungkin menghadapi kemungkinan masalah daripada pekerjaan tetap anda yang menghalang anda serba sedikit daripada memajukan bisnes sepenuhnya .Jangan biarkan kerja sampingan anda menghalang pekerjaan tetap anda. Kekal fokus dalam kerja anda dan jadikan matlamat anda lebih fleksibel agar tidak menggangu pekerjaan tetap anda.

Alternatif – adakah anda ingin menjadi usahawan part time sampai bila-bila? Sekiranya anda masih mampu menguruskan bisnes di samping bekerja seperti biasa.apa salahnya kan?


Sebagai permulaan , anda boleh membuka blog online shop menggunakan wordpress atau mencari senarai pembekal yang ada di Malaysia untuk mendapatkan idea,semoga berjaya!







Saturday 7 July 2012

Review Filem The Billionaire



Apa yang anda lakukan semasa seusia Aitthipat?

16 Tahun - bermain game online dan mengumpul 400,000 baht sebulan.(125.4 U.S. dollars)
17 Tahun - Gagal persekolahan dan mula berniaga .
18 Tahun - Mewarisi hutang keluarga sebanyak 40 Juta baht (12.5 million U.S. dollars).
19 Tahun - Mengasaskan Tao Kae Noi ke 7,000 cawangan 7-Eleven seluruh Thailand.

The Bilionaire adalah kisah benar Aitthipat sebelum menjadi Jutawan Muda dari Thailand seawal 20-an. Anak muda yang enggan putus asa menceburi segala bidang perniagaan walaupun kerap kali menemui kegagalan.Kisah yang sangat baik dan sangat saya rekomenkan untuk meraka yang ingin bergelar usahawan.


Hari ini Aitthipat berusia 26 Tahun dan memasarkan produknya ke 6000 cawangan 7-E , 27 Negara dan kekayaan tahunan dianggarkan 47 million U.S dollar




Aku agak esok boleh la cari kot tengok sedap ke tak.




Bukanlah entri ini mengajak kita kaya semata-mata dan mengejar dunia.Filem ini ada banyak perkara yang boleh dicontohi dan filem Malaysia ada banyak lagi untuk dikejar sebelum mencapai taraf seperti filem Thailand : )

Friday 6 July 2012

Mulakan bisnes online anda hari ini!


Bagi kebanyakan daripada kita,kerja hari-hari pergi pejabat pulang dari pejabat akhirnya bukanlah kerjaya yang kita impikan.Mungkin ramai yang merancang untuk membuka perniagaan tapi akhirnya tersekat begitu saja kerana takut mengambil risiko dan takut rugi.

Persoalannya , bagaimanakah anda harus memulakan perniagaan tanpa ilmu dan tips dari mereka yang pakar ? Hari ini ramai yang memilih untuk memulakan online bisnes tapi dimana dan bagaimana kita patut bermula ? Terdapat pelbagai jenis bisnes yang boleh didapati pada hari ini.Ilmu buat bisnes untuk para usahawan telah dikupas satu persatu melalui ebook Usahawan Kecil Boleh Berjaya! 

Buku ini khusus untuk para usahawan yang bermula dari awal dan mencari panduan untuk mengubah pendapatan.

Jika anda adalah

Ibu bapa yang ingin memupuk anak-anak meminati bidang usahawan
Pelajar yang ingin menjadikan keusahawan sebagai kerjaya
Graduan yang ingin menceburi bidang usahawan
Pekerja yang terperangkap dengan kerja yang tidak diminati dan ingin menjadi usahawan
Usahawan yang baru ingin berjinak

Maka buku ini untuk anda , tunggu apa lagi download sekarang!

Thursday 5 July 2012

Ebook boleh jadi sumber pendapatan?


Mungkin ramai yang tak tahu berkenaan menjana pendapatan sambilan dengan ebook . Ebook sudah jadi salah satu cabang perniagaan internet yang dapat membuat duit dan menjana pendapatan sambilan. Langkah-langkah berikut boleh batu asas untuk anda jadi penulis ebook berjaya. Goodluck!


1.Tulis berkenaan bidang kemahiran anda. 

Ramai daripada kita ada  kemahiran  dalam sesuatu bidang. Jika anda seorang photographer  fokus anda berkenaan ebook yang mengajar teknik fotografi kepada orang ramai . Pakar usahawan seperti Irfan Khairi juga ada menulis ebooknya sendiri..Kata kuncinya adalah kepakaran anda sendiri .Agak sukar menulis buku yang baik  jika anda  tidak mahir dalam bidang yang anda ingin tulis. .Sebaiknya dapatkan feedback daripada mereka yang pakar untuk menilai ebook anda .

2.Harga

Letakkan harga yang berpatutan memandangkan terdapat pelabagai ebook diluar sana yang mungkin lebih murah bahkan  percuma dan lebih baik dari anda. Kebiasaannya bagi pasaran Malaysia ebook yang berharga rm 20 adalah dalam lingkungan yang masih rendah harganya.Tetapi  ia masih bergantung kepada topik yang anda sampaikan dan keberkesananan ebook anda.Tetapi jangan risau sebenarnya sebagai penulis andalah yang berkuasa menentukan haga  : )

3. Professional

Dalam mana-mana artikel atau penulisan  yang banyak  kesilapan  ejaan dan  grammar error anda pasti  akan mendapat review yang teruk  . Pastikan ejaan anda betul dan gaya bahasa yang professional bukannya gaya bahasa ketika anda mesej teman wanita anda .

4.People will judge a bok by its cover

Sama ada anda suka atau tidak kulit buku ebook yang anda buat akan memperngaruhi keputusan beli pembeli. Jadikan cover ebook anda  cantik dan profesional . Walaupun anda telah menulis ebook yang baik  kegagalan meyakinkan pelanggan untuk memebeli ebook anda akan jadikan segala usaha anda sia-sia sahaja.Menjana pendapatan kini boleh anda mulaka n dengan segera. Take action now!


Terdapat banyak tips yang anda boleh google   berkenaan menjadi seorang penulis ebook . Bagaimanapun jika anda benar -benar berminat menjana pendapatan dan menjalankan perniagaan internet denagan ebook sehingga berjaya , baca ebook  jana wang dengan ebook dengan klik link di bawah . Selamat mencuba!








Tuesday 3 July 2012

Jadikan facebok sumber kewangan anda!





Biasanya bagi mana-mana usahawan  yang nak kembangkan perniagaan dari rumah dan memulakan kerja dari rumah atau kerja sambilan ,ramai yang akan nasihat untuk buat page business facebook.. Artikel ni akan  simpulkan langkah asas  bagi menarik lebih ramai orang untuk 'like' page anda.


1.Promosikan page facebook melalui  berbagai  medium.

Walaupun anda buat online marketing anda boleh juga lakukan promosi offline sendiri. Hebahkan pada semua orang mengenai  business page facebook  anda .Jika anda memang ada produk offline yang anda jual,kepilkan bersama maklumat facebook. Promosi offline boleh jadi promosi yang baik pada permulaan yang baik .

Lebih baik kalau anda minta fans untuk share page dan mereka berpeluang menang hadiah misteri.Letakkan maklumat facebook business page pada segala brochure , flyer dan bisnes yang anda edarkan. 

2.Pastikan business facebook page anda aktif dan sentiasa update produk terbaru.

Walaupun  belum ada produk terbaru , kongsi perkara yang bermanfaat dan berkaitan dengan perniagaan internet anda supaya page anda sentiasa aktif. . Page yang aktif boelh menarik ramai fans.fans andalah yang akan menerima segala malumat terbaru mengenai produk-produk anda.

3. Beri maklum balas(interaktif)

Usahawan yang bijak akan mengurus melanggan pelanggan dengan baik. Komen , share dan balas setiap pertanyaan mereka yang masuk ke page anda.Untuk page yang baru jika  anda tidak memberi  respon pada pertanyaan ia bakal  memberi  imej yang buruk memandangkan page anda baru  berkembang. Bila  fans share perkara yang anda post ianya dapat memberi promosi tambahan kepada anda.

4.Jangan spam!

Dalam marketing online , hormati para pelanggan dan jangan lakukan markeeting facebook secara rambang . Komen yang anda buat anda buat pada page lain akan buat anda nampak tidak profesional.Jadikan pelanggan selesa . Anda boleh juga download fan page 3.0 untuk facebook untuk panduan lengkap promosi perniagaan mealui facebook .


Selamat mendownload!