Thursday 12 July 2012

Filem Inspirasi Untuk Semua Bakal Usahawan




Industri filem adalah satu cabang seni  yang menuntut para penggiatnya agar segar  berimaginasi dan pantas mencari idea baru supaya  filem yang dihasilkan itu berkualiti dan jadi tontonan  sepanjang zaman.Walau filem boleh dianggap sebagai suatu medium yang melalaikan , terdapat juga filem yang berupaya menjadi inspirasi bahkan menggerakkan emosi penonton . Pemilihan filem yang baik adalah penting memandangkan banyak sekali filem yang bukan sahaja sia-sia gagal mendidik malah sengaja menjual terma-terma Islam untuk menarik penonton.

Entri kali ini menyenaraikan dan membuat reviu 2 filem pilihan penulis yang boleh jadi inspirasi khususnya  untuk mereka yang bercita-cita menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.


Pursuit of Happiness (2006)



Kisah awal kehidupan Christopher Gardner membesarkan anaknya dan melalui pelbagai cabaran.Chris menghabiskan seluruh simpanannya membeli bone density scanner tetapi kemudian mendapati alatnya itu sangat mahal dan sukar untuk dijual.Chris ditinggalkan isteri , kehilangan rumah , kad kredit dan segala simpannanya semasa dirinya sendiri masih berusaha menjual alat bone density scanner . Enggan menyerah , Chris terus membesarkan anaknya dan tidur di rumah gelandangan setiap hari . Chris mengambil keputusan untuk menyertai latihan enam bulan menjadi broker saham tetapi diberitahu tiada elaun yang akan diberi sepanjang 6 bulan latihannya itu. Bagaimanakah Chris mengambil keputusan untuk hidup 6 bulan tanpa elaun setiap hari dan pada masa yang sama membesarkan anaknya yang masih kecil? Hari ini Chris adalah pemilik Gardenr Rich & Co. Kisah Chris adalah antara kisah terbaik dan dianggap sebagai antara kisah paling memberi inspirasi sampai sekarang.



The Billionaire

Aitthipat seperti rakan sebayanya yang lain menghabiskan usianya remajanya bermain game dan leka dalam pelajaran.Ketika usianya 16 tahun, Aitthipat memperoleh 400,000 baht sebual dengan bermain game.Semasa usianya 17 tahun Aitthipat gagal melanjutkan pengajian ke university awam dan digesa menyambung pengajian ke university swasta oleh ibunya.Sedar denga keadaan kewanga bapanya yang dibebani hutang, Aitthipat memutuskan  untuk menjual buah berangan.Aitthipat ditinggalkan bersama pakciknya di Thailand ketika ibu bapanya berpindah ke China.Aitthipat akhirnya memutuskan untuk menjual rumpai laut yang dikenali dengan jenama Tao Kae Nai hari ini.Ketika usianya 19 tahun Aitthipat baru mengetahui bapanya meningalkannya dengan hutang 40 juta baht.Lihat bagaimana anakk muda ini menghadapi hidupnya yang sangat sukar dan hari ini bergelar jutawan dalam usia 26 tahun.



Walaupun terdapat banyak filem yang mampu memberi  inspirasi ,Pursuit of Happyness dan The Billionaire adalah antara  kisah yang menceritakan kesusahan para usahawan dan memberi impak kepada penonton dengan sangat mendalam.Walaupun kedua-dua filem ini bukan diterbitkan oleh orang Islam , sekadar yang ada para pembaca boleh mengambil tauladan dan jadikan kedua-dua filem sebagai cerita yang membakar semangat , Insya Allah.