Tuesday 10 July 2012

Kenapa usahawan kecil gagal?



Peringkat awal perniagaan adalah peringkat paling sukar kerana di sinilah waktu perniagaan kita mula bertapak dan ingin mencipta nama.Sekiranya di peringkat ini kita gagal mengurus perniagaan dan keputusan dengan baik.kita tak akan ke man-mana.


Terdapar beberapa faktor yang dilihat sering menjadi faktor kegagalan seseorang usahawan.


Tiada matlamat yang jelas

Kebanyakan  perniagan yang gagal  disebabkan oleh kegagalan mengurus kewangan dan membuat keputusan yang baik. Menurut statistik  97%  perniagaan akan gagal pada tahun pertama. 50%  perniagaan gagal dalam tempoh 10 tahun pertama. Kebanyakannya berpunca daripada matlamat yang tidak jelas dan kegagalan pengurusan kewangan .

Melainkan anda sudah yakin mengenai matlamat sebenar anda,cara yang mudah  adalah menulis matlamat yang di atas kertas.Letakkan di tempat yang  sesuai dan boleh dibaca setiap hari.Rancang secara teliti setiap perancangan untuk  matlamat yang anda ingin capai.

Jangan malas kalau bekerja sendiri :)


Salah guna kebebasan.

Impian setiap usahawan adalah kerja keras dan usahanya membuahkan hasil.Mempunyai kebebasan untuk menentukan jadual sendiri bermakna anda harus berdisiplin mengurus diri sendiri.Bayangkan ketika  pesaing anda  bekerja keras anda pula mengambil sikap ambil lewa dan banyak berehat   . Malas dan gagal menguruskan diri adalah musuh usahawan paling utama.

Tidak mengurus idea dengan baik

Sebagai usahawan kadang kala kita mempunyai banyak idea dan kerap menukar perancangan kerana merasakan kita ada  perancangan baru yang lebih baik.Kita mesti  bijak mengurus perancangan dan idea agar idea baru kita tidak  mengganggu proses perancangan yang kita sedang usahakan.n Jangan meninggalkan matlamat perniagaan sedia ada melainkan anda  yakin dengan langkah anda itu .Konsistensi dan kesungguhan  akan membawa hasil.Jika anda cuba menjalankan terlalau banyak perkara dalam 1 masa akhirnya kesemuanya tidak dapat dibuat dengan teliti.

Mengharap keuntungan jangka masa pendek

Pemilik perniagaan kecil sering mengharap keuntungan besar walaupun bisnesnya baru 
bermula dan belum dapat diuruskan dengan baik.Mengharapkan keuntungan yang singkat  adalah kesilapan yang besar.Berikan masa untuk perniagaan anda berkembang dan apabila  masanya tiba , perniagaan anda akan berkembang dan anda akan menjadi usahawan yang  berjaya.


Menjadi usahawan yang berjaya adalah hasil kerja keras yang panjang , semoga walau apa pun bidang yang kita ceburi.kita akan berjaya ; )



Strategi pemasaran emel

Idea Perniagaan Internet