Showing posts with label usahawan. Show all posts
Showing posts with label usahawan. Show all posts

Tuesday, 10 July 2012

Kenapa usahawan kecil gagal?



Peringkat awal perniagaan adalah peringkat paling sukar kerana di sinilah waktu perniagaan kita mula bertapak dan ingin mencipta nama.Sekiranya di peringkat ini kita gagal mengurus perniagaan dan keputusan dengan baik.kita tak akan ke man-mana.


Terdapar beberapa faktor yang dilihat sering menjadi faktor kegagalan seseorang usahawan.


Tiada matlamat yang jelas

Kebanyakan  perniagan yang gagal  disebabkan oleh kegagalan mengurus kewangan dan membuat keputusan yang baik. Menurut statistik  97%  perniagaan akan gagal pada tahun pertama. 50%  perniagaan gagal dalam tempoh 10 tahun pertama. Kebanyakannya berpunca daripada matlamat yang tidak jelas dan kegagalan pengurusan kewangan .

Melainkan anda sudah yakin mengenai matlamat sebenar anda,cara yang mudah  adalah menulis matlamat yang di atas kertas.Letakkan di tempat yang  sesuai dan boleh dibaca setiap hari.Rancang secara teliti setiap perancangan untuk  matlamat yang anda ingin capai.

Jangan malas kalau bekerja sendiri :)


Salah guna kebebasan.

Impian setiap usahawan adalah kerja keras dan usahanya membuahkan hasil.Mempunyai kebebasan untuk menentukan jadual sendiri bermakna anda harus berdisiplin mengurus diri sendiri.Bayangkan ketika  pesaing anda  bekerja keras anda pula mengambil sikap ambil lewa dan banyak berehat   . Malas dan gagal menguruskan diri adalah musuh usahawan paling utama.

Tidak mengurus idea dengan baik

Sebagai usahawan kadang kala kita mempunyai banyak idea dan kerap menukar perancangan kerana merasakan kita ada  perancangan baru yang lebih baik.Kita mesti  bijak mengurus perancangan dan idea agar idea baru kita tidak  mengganggu proses perancangan yang kita sedang usahakan.n Jangan meninggalkan matlamat perniagaan sedia ada melainkan anda  yakin dengan langkah anda itu .Konsistensi dan kesungguhan  akan membawa hasil.Jika anda cuba menjalankan terlalau banyak perkara dalam 1 masa akhirnya kesemuanya tidak dapat dibuat dengan teliti.

Mengharap keuntungan jangka masa pendek

Pemilik perniagaan kecil sering mengharap keuntungan besar walaupun bisnesnya baru 
bermula dan belum dapat diuruskan dengan baik.Mengharapkan keuntungan yang singkat  adalah kesilapan yang besar.Berikan masa untuk perniagaan anda berkembang dan apabila  masanya tiba , perniagaan anda akan berkembang dan anda akan menjadi usahawan yang  berjaya.


Menjadi usahawan yang berjaya adalah hasil kerja keras yang panjang , semoga walau apa pun bidang yang kita ceburi.kita akan berjaya ; )



Strategi pemasaran emel

Idea Perniagaan Internet







Monday, 9 July 2012

Bisnes raya paling untung!



Lebih kurang begini lah suasanaya semasa aku nak bayar duit murtabak.


Bila sebut pasal raya kita akan terbayang macam-macam.Ada yang dah mula sibuk nak meniaga ada juga yang dah berkira-kira nak beli perabot baru.Makin botak kepala suami lama-lama J . Tapi perasan tak fenomena peniaga segera yang banyak muncul sepanjang ramadhan?

Ada yang sanggup ambil cuti sebulan tak bergaji untuk  meniaga . Alhamdulillah banyak rezeki umat Islam semasa ramadhan.Ada beberapa  bisnes yang sangat menguntungkan dan memberi keuntungan berlipat ganda. Ada beberapa bisnes raya yang saya lihat sangat menguntungkan.

















Baju raya – Tengok lah bila menjelang raya banyak pusat membeli belah yang membuat sale untuk menarik pelanggan beramai-ramai..Walaupun sangat sesak tetapi waktu inilah suasana raya akan kita rasai.Bazar Ramadan pun banyak yang menjual baju dan mendapat pelanggan yang begitu raya sampai tak menang tangan melayan.Bayangkan sebelum puasa pun sudah tidak boleh menempah baju sebab tempahan sudah penuh.Orang kita beraya sakan peniaga yang untung .














Kuih raya – Zaman mak kita dulu-dulu ramai lah yang rajin membuat kuih raya.Hari ni bini ajak pergi bazaar suami yang pening bayar.Sebab ramai yang makin malas lah makin ramai peniaga yang untung besar.Anak dara zaman sekarang sibuk katanya.Bayangkan lah peniaga bawak kuih raya 1 lori pun boleh habis memang banyak lah untung dia.



















Makanan berbuka puasa- Dalam banyak-banyak bisnes, bisnes juadah buka sudah jadi identiti Malaysia pula kalau kita tengok.Masa ini lah makanan segala fesyen ada yang tak pernah tengok pun ada. Masa pergi bazaar memang meriah tapi kalau beli banyak-banyak makanan akhirnya makan  air tangan mak sendiri jugak J Betul tak?


Ranadhan pun hampir tiba kan.Semoga semua pembaca  sudah merancang bisnes sendiri untuk ramadhan kali ini.Semoga ramadhan akan beri kesempatan untuk kita beribadah sambil menjana keuntungan. Insya Allah. : )


Tuesday, 3 July 2012

Jadikan facebok sumber kewangan anda!





Biasanya bagi mana-mana usahawan  yang nak kembangkan perniagaan dari rumah dan memulakan kerja dari rumah atau kerja sambilan ,ramai yang akan nasihat untuk buat page business facebook.. Artikel ni akan  simpulkan langkah asas  bagi menarik lebih ramai orang untuk 'like' page anda.


1.Promosikan page facebook melalui  berbagai  medium.

Walaupun anda buat online marketing anda boleh juga lakukan promosi offline sendiri. Hebahkan pada semua orang mengenai  business page facebook  anda .Jika anda memang ada produk offline yang anda jual,kepilkan bersama maklumat facebook. Promosi offline boleh jadi promosi yang baik pada permulaan yang baik .

Lebih baik kalau anda minta fans untuk share page dan mereka berpeluang menang hadiah misteri.Letakkan maklumat facebook business page pada segala brochure , flyer dan bisnes yang anda edarkan. 

2.Pastikan business facebook page anda aktif dan sentiasa update produk terbaru.

Walaupun  belum ada produk terbaru , kongsi perkara yang bermanfaat dan berkaitan dengan perniagaan internet anda supaya page anda sentiasa aktif. . Page yang aktif boelh menarik ramai fans.fans andalah yang akan menerima segala malumat terbaru mengenai produk-produk anda.

3. Beri maklum balas(interaktif)

Usahawan yang bijak akan mengurus melanggan pelanggan dengan baik. Komen , share dan balas setiap pertanyaan mereka yang masuk ke page anda.Untuk page yang baru jika  anda tidak memberi  respon pada pertanyaan ia bakal  memberi  imej yang buruk memandangkan page anda baru  berkembang. Bila  fans share perkara yang anda post ianya dapat memberi promosi tambahan kepada anda.

4.Jangan spam!

Dalam marketing online , hormati para pelanggan dan jangan lakukan markeeting facebook secara rambang . Komen yang anda buat anda buat pada page lain akan buat anda nampak tidak profesional.Jadikan pelanggan selesa . Anda boleh juga download fan page 3.0 untuk facebook untuk panduan lengkap promosi perniagaan mealui facebook .


Selamat mendownload!