Showing posts with label perniagaan. Show all posts
Showing posts with label perniagaan. Show all posts

Monday, 9 July 2012

Bisnes raya paling untung!



Lebih kurang begini lah suasanaya semasa aku nak bayar duit murtabak.


Bila sebut pasal raya kita akan terbayang macam-macam.Ada yang dah mula sibuk nak meniaga ada juga yang dah berkira-kira nak beli perabot baru.Makin botak kepala suami lama-lama J . Tapi perasan tak fenomena peniaga segera yang banyak muncul sepanjang ramadhan?

Ada yang sanggup ambil cuti sebulan tak bergaji untuk  meniaga . Alhamdulillah banyak rezeki umat Islam semasa ramadhan.Ada beberapa  bisnes yang sangat menguntungkan dan memberi keuntungan berlipat ganda. Ada beberapa bisnes raya yang saya lihat sangat menguntungkan.

















Baju raya – Tengok lah bila menjelang raya banyak pusat membeli belah yang membuat sale untuk menarik pelanggan beramai-ramai..Walaupun sangat sesak tetapi waktu inilah suasana raya akan kita rasai.Bazar Ramadan pun banyak yang menjual baju dan mendapat pelanggan yang begitu raya sampai tak menang tangan melayan.Bayangkan sebelum puasa pun sudah tidak boleh menempah baju sebab tempahan sudah penuh.Orang kita beraya sakan peniaga yang untung .














Kuih raya – Zaman mak kita dulu-dulu ramai lah yang rajin membuat kuih raya.Hari ni bini ajak pergi bazaar suami yang pening bayar.Sebab ramai yang makin malas lah makin ramai peniaga yang untung besar.Anak dara zaman sekarang sibuk katanya.Bayangkan lah peniaga bawak kuih raya 1 lori pun boleh habis memang banyak lah untung dia.



















Makanan berbuka puasa- Dalam banyak-banyak bisnes, bisnes juadah buka sudah jadi identiti Malaysia pula kalau kita tengok.Masa ini lah makanan segala fesyen ada yang tak pernah tengok pun ada. Masa pergi bazaar memang meriah tapi kalau beli banyak-banyak makanan akhirnya makan  air tangan mak sendiri jugak J Betul tak?


Ranadhan pun hampir tiba kan.Semoga semua pembaca  sudah merancang bisnes sendiri untuk ramadhan kali ini.Semoga ramadhan akan beri kesempatan untuk kita beribadah sambil menjana keuntungan. Insya Allah. : )


Friday, 6 July 2012

Mulakan bisnes online anda hari ini!


Bagi kebanyakan daripada kita,kerja hari-hari pergi pejabat pulang dari pejabat akhirnya bukanlah kerjaya yang kita impikan.Mungkin ramai yang merancang untuk membuka perniagaan tapi akhirnya tersekat begitu saja kerana takut mengambil risiko dan takut rugi.

Persoalannya , bagaimanakah anda harus memulakan perniagaan tanpa ilmu dan tips dari mereka yang pakar ? Hari ini ramai yang memilih untuk memulakan online bisnes tapi dimana dan bagaimana kita patut bermula ? Terdapat pelbagai jenis bisnes yang boleh didapati pada hari ini.Ilmu buat bisnes untuk para usahawan telah dikupas satu persatu melalui ebook Usahawan Kecil Boleh Berjaya! 

Buku ini khusus untuk para usahawan yang bermula dari awal dan mencari panduan untuk mengubah pendapatan.

Jika anda adalah

Ibu bapa yang ingin memupuk anak-anak meminati bidang usahawan
Pelajar yang ingin menjadikan keusahawan sebagai kerjaya
Graduan yang ingin menceburi bidang usahawan
Pekerja yang terperangkap dengan kerja yang tidak diminati dan ingin menjadi usahawan
Usahawan yang baru ingin berjinak

Maka buku ini untuk anda , tunggu apa lagi download sekarang!