Showing posts with label bisnes dari rumah. Show all posts
Showing posts with label bisnes dari rumah. Show all posts

Sunday, 8 July 2012

5 Tips Usahawan Part Time





Amat bangun pagi seperti biasa hari itu untuk bersiap-siap ke pejabat.Amat ini anak muda yang ada ijazah akhirnya terperap dalam kehidupan yang dibencinya itu .Amat tau ada yang tidak kena. Rutin hariannya itu bukan lah seperti yang diidamkannya . Pagi itu jem lagi.Amat tau petang nanti jem dan hari – hari dia akan menghadapi perkara yang sama.Mungkin sampai hari persaraannya.


Situasi ini bukanlah perkara aneh . Terperangkap dalam hidup  yang menyesakkan dan bosan walaupun kita cukup selesa dengan gaji setiap bulan yang diterima.Berhenti dan memilih untuk jadi usahawan secara tiba-tiba bukanlah  pilihan yang baik sekiranya kita masih belum stabil dari segi kewangan dan pengalaman. 

Saya akan terangkan 5 tips menjadi usahawan part time sebelum anda tekad untuk menjadi usahawan sepenuh masa suatu hari nanti Insya Allah J

Seimbangkan – Inilah yang menjadikan anda usahawan part time. Imbangi kerja tetap  dan part time anda. Sekirantya  gagal mengimbangi keduanya   sebenarnya anda menghdapai kemungkinan  dipecat .Tanya diri sendiri sama ada mampu mengekalkan komitmen  terhadap pekerjaan tetap  dan kerja part time  anda.

Sabar – Memandangkan anda bekerja sebagai part-time , usah bandingkan dengan mereka yang sudah sedia kuat  dalam bidang keusahawanan. Sentiasa sabar. Walaupun  perniagaan anda tidak berkembang sepantas yang lain tapi anda tetap berkembang sedikit demi sedikit  . Sabarlah dan lihat hasilnya di kemudian hari  J

Simpan keuntungan anda – Suatu hari nanti akan terpaksa memilih sama ada meneruskan dengan pekerjaan tetap anda atau menjadi usahawan sepenuh masa.Sebaiknya keuntungan yang anda perolehi dari pendapatan sampingan sebagai usahawan disimpan dijadikan modal di masa hadapan.

Matlamat yang fleksibel – Semakin bisnes anda berkembang , anda mungkin menghadapi kemungkinan masalah daripada pekerjaan tetap anda yang menghalang anda serba sedikit daripada memajukan bisnes sepenuhnya .Jangan biarkan kerja sampingan anda menghalang pekerjaan tetap anda. Kekal fokus dalam kerja anda dan jadikan matlamat anda lebih fleksibel agar tidak menggangu pekerjaan tetap anda.

Alternatif – adakah anda ingin menjadi usahawan part time sampai bila-bila? Sekiranya anda masih mampu menguruskan bisnes di samping bekerja seperti biasa.apa salahnya kan?


Sebagai permulaan , anda boleh membuka blog online shop menggunakan wordpress atau mencari senarai pembekal yang ada di Malaysia untuk mendapatkan idea,semoga berjaya!







Friday, 6 July 2012

Mulakan bisnes online anda hari ini!


Bagi kebanyakan daripada kita,kerja hari-hari pergi pejabat pulang dari pejabat akhirnya bukanlah kerjaya yang kita impikan.Mungkin ramai yang merancang untuk membuka perniagaan tapi akhirnya tersekat begitu saja kerana takut mengambil risiko dan takut rugi.

Persoalannya , bagaimanakah anda harus memulakan perniagaan tanpa ilmu dan tips dari mereka yang pakar ? Hari ini ramai yang memilih untuk memulakan online bisnes tapi dimana dan bagaimana kita patut bermula ? Terdapat pelbagai jenis bisnes yang boleh didapati pada hari ini.Ilmu buat bisnes untuk para usahawan telah dikupas satu persatu melalui ebook Usahawan Kecil Boleh Berjaya! 

Buku ini khusus untuk para usahawan yang bermula dari awal dan mencari panduan untuk mengubah pendapatan.

Jika anda adalah

Ibu bapa yang ingin memupuk anak-anak meminati bidang usahawan
Pelajar yang ingin menjadikan keusahawan sebagai kerjaya
Graduan yang ingin menceburi bidang usahawan
Pekerja yang terperangkap dengan kerja yang tidak diminati dan ingin menjadi usahawan
Usahawan yang baru ingin berjinak

Maka buku ini untuk anda , tunggu apa lagi download sekarang!